Custom Glitter Text

Friday, September 21, 2012

story 3 dalam 1

Assalam.. nak tau nape tajuknye 3 dalam 1? haa... sebab aku cantumkan cite 3 ari aku kat dalam 1 cite ni. syawal telahpun melabuhkan tirainya pada 16 September 2012. banyak undangan rumah terbuka yang aku terima weekend tu. fuhh.. memang best. sebab ape? best sebab tak payah masak... heheh.. tp kan, ari sabtu tu aku masak gak la sebab ada tetamu yang nak berkunjung ke rumah kami. aku mulakan cite hari sabtu erk.. tp cite saje tau, gambar xde.. sbb masih dlm camera..

15 September 2012 (Sabtu)

Sesudah subuh aku dah ke dapur menyediakan bahan2 untuk nak masak kuah mee kari. tak banyak pun masak, 3 kilo mee jer.. tetamu yang nak berkunjung tu 8 buah kete dari group xtreme wish club. pukul 10 pagi baru settle keje aku kat dapur, sambung lak kemas2 ngan sapu2 umah. dalam kol 2 tetamu pun sampai. sekali 12 buah kete daa... mujur le cukup makanan sume. ngam2 jer.. tp memang best ler. penuh ngan meriah umah dibuatnye.. dah selesai mkn, dorang pun gerak utk ke rumah seterusnya. kami join sekali. kemas sikit2 umah, balik kang le sambung kemas. mujur le pakai pinggan mangkuk pakai buang. rumah seterusnya di bandar tun hussein on, makan nasik beriani ngan mee rebus. lepas tu gerak ke bandar mahkota cheras, makan nasik berlauk ngan bubur kacang. sambung lak ke rumah di bandar bukit mahkota, makan sate ngan kuih muih. last sekali kami ke umah pengerusi club kete ni iaitu di shah alam. kat sini makanannye memang best2 sbb tuan umah ni tokey di salah sebuah hotel kat malaysia ni. jadi beliau import chef dari hotel utk menyediakan menu. tp sebabkan perut dah penuh, tak dapat le nak merasa sume makanan. dalam pukul 11 mlm kami mintak izin balik sebab anak2 dah ngantuk. fuhhh... memang penat dan kenyang sungguh..

16 September 2012 (Ahad)

pepagi aku mula sambung mengemas dan membasuh pinggan tetamu yang ditinggalkan smlm. malam td nak buat memang tak larat dah. abis menngemas, siap2 lak nak gi kenduri kawen sepupu aku kat bandar tasik selatan. perjalanan ke sana agak jem, maklum ler, ramai yg wat mkn2 kot.. selesai mkn2, sembang2 ngan mak ayah pengantin, kami mintak diri dulu sebab nak tolong jiran depan umah masak2 utk sambutan majlis hari raya kat padang umah kami mlm nanti. lorong umah kami ditugaskan utk memasak rojak pasembor. dekat2 maghrib baru selesai keje kami. balik, siap2, lepas maghrib turun ke padang utk majlis mlm tu. pukul 11 mlm baru balik.

17 September 2012 (Isnin)

ari ni cuti sempena Hari Malaysia smlm. ade lagi jemputan utk majlis hari raya tp aku tak pegi sbb byk keje umah yang nak dibuat termasuk kain baju yang tak berbasuh. maklum ler, dah 2 ari berjalan sakan. mr. hubby je yang gi ngan kengkawannye. ptg ngan malam pun tak ke mana2. duk umah je merehatkan badan.

tu jer cite weekend aku yang lepas. weekend yang akan datang ni x tau lagi ape program... ade ke lagi yang nak wat rumah terbuka erk???    

2 comments: