Custom Glitter Text

Tuesday, July 31, 2012

Apa itu KAKI BODEK?



Awas dengan kaki bodek... apa itu kaki bodek? haaaa.... kaki bodek ni orang yang kuat giler mengampu orang yang berpengaruh besar untuk kepentingan diri sendiri. Apa motifnye? mungkin nak cepat naik pangkat, supaya boss atau org yg dibodek tu nampak kewujudan dia dalam satu komuniti, ataupun sengaja mintak kena pulau kot... yang lelain tu tak tau la ape motifnye. hanya org yang suka bodek tu je tau sbb ape dia wat gitu. apa yang penting, janganlah kita jadi macam ni. hopefully Allah jauhkan aku dari sikap tak baik ni... 

pic ehsan dari Mr. Google

 kelakorkan gambar ni... ade ke org cam gini??? 

Thursday, July 12, 2012

Beskal Tembikai Susu

Apa itu beskal tembikai susu? haa... 2 minggu sudah si kecik aku bising nak basikal. tp asik la dok sebut beskal tembikai susu. aku jenuh le nak membayangkan mcm mane la rupe beskal tembikai susu ni.. bila ditanya balik, pasti dia akan jawab dengan pelat "ala... basikal yg mcm tembikai susu tu..." tanya kat my hubby dia pun tak tahu. tanya lak si kakak, mujur le kakak ni memahami kehendak adik dia "ala ibu.. adik nak basikal warna mcm air tembikai susu..." La..... gitu rupenye... mane la dtg idea si kecik ni.. utk memenuhi kehendak si kecik yg byk songeh tu, aku n my hubby carik la beskal tembikai susu tu.. mujur le carik terus jumpa.. 

v
v
v
v
v
v
v
v
v


ini la Beskal Tembikai Susu