Custom Glitter Text

Thursday, January 31, 2013

Dugaan dari Allah SWT..

Assalam.. tak tau dari mane nak mulakan cerita aku ni. di saat aku menaip entry ni, mak aku sedang terlantar sakit di wad CCU hospital ampang kerana masalah paru2 berair dan dijangkiti kuman, masalah jantung tak stabil dan strok. hari ni masuk hari ke 12 mak aku di CCU. 

sebenarnya mak aku pernah dimasukkan ke ICU dua tahun sudah kerana masalah yang sama tetapi tak kritikal seperti kali ini, hanya 4 hari di ICU dan 4 hari di wad biasa. bila dah balik rumah kami buat rawatan tradisional, panggil orang urut sebab strok ni memang kena cpt urut, bagi mak mkn suppliment lain selain dari ubat hospital. mak aku pun seorang yang kuat dan tabah. tak pernah merungut, mengeluh sewaktu beliau sakit. hanya sebulan mak aku tak boleh berjalan dan selepas itu beliau semakin pulih dan boleh menjalani kehidupan harian seperti orang biasa. mak aku memang kuat berpantang dan ubat diambil memang ikut aturan. selama hampir 2 thn kami sekeluarga gembira tgk mak boleh kembali normal dan tidak pernah jatuh sakit, demam dan memang nampak sentiasa sihat. tak tau la pulak aku kalau mak cuba nak berahsia dgn kami takut kami risau. tapi aku memang selalu bertanya pd mak kalau2 mak ade penat2 atau sakit dada. tapi mak cuma jawab, mak ok je, takde ape....

tiba la pada hari kejadian (20 januari 2013), mak sesak nafas ketika sedang tidur mlm kira2 jam 1 pagi. ayah aku tersedar dari tidur sbb dgr pernafasan mak kuat sgt. bila dikejut, mak dah separuh sedar. ketika itu hanya mereka tinggal berdua di rumah. aku dapat call tertera nombor telefon rumah tgh2 mlm terus aku cuak. terus minta bantuan jiran untuk call ambulans. masa aku sampai di rumah, aku panggil mak, mak genggam kuat tgn aku tapi matanya tertutup rapat. selepas dapat bantuan oksigen di hospital, keadaan mak agak stabil dan ditolak masuk ke wad biasa. lega hati aku.. tetapi kelegaan hati aku hanya sekejap sahaja bila mak aku mula sesak nafas dan mulutnye berbuih. mak mula menggunakan bantuan pernafasan dengan tiub dimasukkan ke mulut dan diberi ubat tidur. masa tu mak dah tak sedar dan ditolak masuk ke CCU kerana ada implikasi pada jantung. setiap hari aku datang melawat mak, aku panggil mak tetapi tiada sebarang tindak balas sehinggalah pada hari ke 8 baru mak buka mata. 

doktor suggest untuk tebuk leher mak bagi bantuan pernafasan di situ kerana katenye kalau lama guna tiub ikut mulut takut ada jangkitan kuman. agak berat untuk kami membuat keputusan samaada setuju atau tidak. kalau dgr dari mulut doktor memang byk kebaikannye, tapi bila dgr dari pengalaman kawan2 yang dah mengalami situasi ni, byk lak keburukannya. aku pun dah search dari internet tentang bantuan pernafasan tracheostomy. aku tgk byk gak kelemahan dan masalah dari segi penjagaannya.

akhirnya kami buat keputusan untuk tidak tebuk di leher mak kerana semalam tgk mak dah bg progress yang baik bila aku ckp mak mula angguk dan bila disuruh gerakkan tgn dan kaki mak ikut arahan. mudah2an dijauhkan la bab2 tebuk ni. ngeri aku.... aku pun tak tau apa akan berlaku utk hari2 yang akan mendatang... semoga mak tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT.. mak kena kuatkan semangat, biar cepat sembuh dan pulih seperti biasa, boleh balik umah sebab cucu2 mak dah rindukan mak....

      

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru...

Assalam,

entry terakhir utk thn 2012.. lagi beberapa jam kita nak menyambut tahun baru 2013.. yang pasti tahun 2012 byk meninggalkan kenangan buat diri aku. 'semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok mungkin sebuah cabaran'. 



Selamat tinggal 2012, selamat datang 2013.........


Babai..... 

cuti2@melaka - trip ke muar lak..

Assalam..


Last entry cuti2@melaka. sambungan lagi entry ini dan ini.. dalam pukul 1pm kami terus gerak dari melaka ke muar melalui Lebuh AMJ. perjalanan amik masa sejam jer. lagi sekali khidmat mr. papa digunakan untuk mencari hotel yang telah kami booking kat sini. selesai check in, hantar barang masuk bilik, kami keluar round2 kat bandar muar.. layan gambar k.. 

v
v
v
v
v

mr. papa yang byk membantu

kita check in dulu 

hepi betul 2 beradik ni..

bilik kami..
(sila abaikan cik abg yg tgh landing atas katil tu ye..)

bilik tak besar sgt tp selesa la utk kami 4 beranak

mr. hubby dgn hero & heroin nyer.. 

layan anak2 main lelayang kat Dataran Tanjung Emas

anak dara aku 

mr. hubby layan anak2 main lelayang

lelayang adik naik tak tinggi2.. 

tgh syok main lelayang, ujan pun turun. kami terus gerak balik hotel. mandi, siap2, lepas maghrib kami keluar utk berkumpul dgn geng2 xtreme wish kat muar ni. kami mkn kat Restoran Wak Jos Ikan Bakar dan Asam Pedas. restoran ni terletak bersebelahan je dgn  medan ikan bakar sabak awor yang famous kot kat bandar muar ni. tp kan, gambar masa mkn ikan bakar aku tak snap2 la sbb sibuk mkn ikan bakor... haha..... ade sket je gambar utk tatapan korang...    

luar hotel waktu mlm
mr. hubby dah jumpe geng x pandang kamera dah...

juadah kami

siakap 3 rasa

ketam masak sos tiram terbaekkk...

sotong goreng tepung

ikan pari bakar
Sorry, gambar makanan blur sbb anak dara aku yg snap. dah kenyang mkn2, puas borak2, anak pun dah ngantuk, kami minta izin gerak dulu. sampai hotel terus tido kepenatan. 


Bgn pagi esoknye, kami kemas2 barang terus check out. singgah pekena mee bandung muar yang katenye famous kat jln Abdullah. kami order mee bandung ngan mee rebus. sate pun ade gak. biasa kalau kat kL sate dijual waktu mlm kan.. tp kat sini pepagi dah ade jual sate. memang sedap la sate kat sini. kami order 20 cucuk utk mkn, rase tak cukup lak. kami order lagi 30 cucuk tapau. gila tamak kan?? 


Perjalanan diteruskan melalui Lebuh AMJ gak sbb nak singgah pantai klebang. kempunan lak aku nak minum coconut shake kat situ. kat ayer keroh dah minum coconut shake tp tak sesedap kat klebang yang kena beratur pjg nak membelinye. jom tgk gambar lagi..

v
v
v
v
v

perghhh... sedap...

terbaek.....

thn lepas dtg xde lagi benda alah ni.. bkn main suka anak2 aku..

ada gak org main lelayang kat sini

best from adik, peace from kakak

ada gerai2 jual memacam. sedia duit jer..

tgh syok lepak2 sambil mkn koci, ujan turun renyai2.. terus kami gerak balik ke kL. Eh, kami ada singgah senawang gi tgk anak buah aku yg pernah aku cite kat sini. sampai kL pukul 6 ptg. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan.. walau tak sejauh mana percutian kami tp cukup membuatkan anak2 kami gembira... 

sekian.... 

Friday, December 28, 2012

cuti2@melaka - day 2

Assalam..


sambungan entry ini, sila jgn bosan lagi k... heheh... pagi tu sesudah breakfast kami bawak anak2 mandi kat water park wat kali ke 2. ptg smlmnye dah mandi tp xde gambar. saksikan aksi2 mereka... 

breakfast kami..
** kalau anom baca, sila ingat semula peristiwa kat awana pasal butter anchor tu. hihi.. 

kami nak mandi

posing dulu

sonoknye anak2 ibu main air


mr. hubby 

mr. hubby lagi



kakak naik buai 

si adik kejenye menembak org jer


tembak lagi 

apartment yg dah siap 


apartment masih dlm proses pembinaan 
cukup la gambar mandi2 erk.. cuaca pg tu ok, mendung tp tak ujan. dlm kol 11 kami naik bilik, kemas2 brg. kol 12 check out dan perjalanan diteruskan ke muar, johor utk agenda yg seterusnya.. sambung nanti k... 



cuti2@melaka - day 1

Assalam...


Ari ni baru ada sikit masa nak kongsi cite cuti2 kami sekeluarga di melaka. aku sebenarnye malas nak menaip pepanjang. so, aku cite melalui gambar je la erk.. entry aku kali ni agak panjang.. 
sila jgn bosan k.... 

23 Dis. 2012 (Ahad)

Kami gerak dari umah pukul 8 pagi menuju terus ke ayer keroh, melaka.. dan terus ke banda hilir melawat tempat bersejarah.


dua beradik 
peace yo..
naik kete lembu

cak!!

survey brg 

ibu ngan adik naik beca

ayah ngan kakak naik beca
Bayaran naik beca kalau round kat bangunan A Famosa je 20 hinggit. kalau round town 35 hinggit. bagi aku mahal la sbb bkn jauh mane pun. tp ye la, kesian kat dorang penat nak kayuh kan.. kami amik yg 20 hinggit tu. amik 2 beca, total 40 hinggit...  

masa ni haziq dah tarik2 tgn ibu ajak masuk dlm bangunan A Famosa tu 

best..

main kat playground

dpn menara taming sari

bayaran utk main benda alah ni rm5 utk 15 minit

kami sebenarnye tgh tunggu nak naik menara taming sari sbb dorang tgh repair ape ke bendanye ntah. sementara tu layan anak2 naik benda alah tu dulu. tp sbb kan lama sgt tunggu, tak jadi la nak naik menara tu. perut pun dah lapar, kami terus ke restoran asam pedas selera kampung yang agak famous kat melaka ni dan pernah masuk dlm JJCM tv3. sesape yg nak try boleh ke alamat ni, 

Asam Pedas Selera Kampung,
G2, Jalan PM3,
75450 Mahkota Square,
Melaka.
06-283 5516


selesai mkn, kami terus menuju ke destinasi tempat penginapan kami. dengan menggunakan  khidmat mr. papa, kami sampai tepat pada masanya, pukul 2pm waktu check in. dah selesai check ini sementara tunggu bilik dibersihkan kami pi round2 sekitar resort ni. ramai gak org ke sini sbb mungkin tmpt baru. resort ni baru dibuka 3 bulan dan masih blm siap sepenuhnya. bagi aku ok la tmpat ni. ade playground ngan water park. water park dia pun sesuai utk anak2 sbb gelongsornye tak bahaya dan pool tak dalam, paras dada anak dara aku je paling dlm. sambung tgk gambar lagi k... 


penginapan kami di sini

kita main dulu..

eksyen jer lebih 

playground & water park

bilik kami - studio suite
sambung cite sket. malam tu kami gi round2 lagi. kali ni kami ke taman rempah, bawak anak2 naik bot di melaka river cruise. bayarannye dewasa 10 hinggit, kanak2 bawah 12 thn 5 hinggit. perjalanan amik masa 45 minit menyusuri sungai melaka, melalui perkampungan morten, kincir air dan bangunan2 bersejarah di melaka.

bergambar sblm naik bot

atas bot
selesai naik bot kami gi mkn2. pas mkn anak2 pun dah ngantuk. balik hotel, tido le kan.. sambung aktiviti esok lak. aku rasa dah terlalu panjang entry aku ni. kang ade gak yg bosan. nnti sambung day 2 lak erk..