Custom Glitter Text

Thursday, January 31, 2013

Dugaan dari Allah SWT..

Assalam.. tak tau dari mane nak mulakan cerita aku ni. di saat aku menaip entry ni, mak aku sedang terlantar sakit di wad CCU hospital ampang kerana masalah paru2 berair dan dijangkiti kuman, masalah jantung tak stabil dan strok. hari ni masuk hari ke 12 mak aku di CCU. 

sebenarnya mak aku pernah dimasukkan ke ICU dua tahun sudah kerana masalah yang sama tetapi tak kritikal seperti kali ini, hanya 4 hari di ICU dan 4 hari di wad biasa. bila dah balik rumah kami buat rawatan tradisional, panggil orang urut sebab strok ni memang kena cpt urut, bagi mak mkn suppliment lain selain dari ubat hospital. mak aku pun seorang yang kuat dan tabah. tak pernah merungut, mengeluh sewaktu beliau sakit. hanya sebulan mak aku tak boleh berjalan dan selepas itu beliau semakin pulih dan boleh menjalani kehidupan harian seperti orang biasa. mak aku memang kuat berpantang dan ubat diambil memang ikut aturan. selama hampir 2 thn kami sekeluarga gembira tgk mak boleh kembali normal dan tidak pernah jatuh sakit, demam dan memang nampak sentiasa sihat. tak tau la pulak aku kalau mak cuba nak berahsia dgn kami takut kami risau. tapi aku memang selalu bertanya pd mak kalau2 mak ade penat2 atau sakit dada. tapi mak cuma jawab, mak ok je, takde ape....

tiba la pada hari kejadian (20 januari 2013), mak sesak nafas ketika sedang tidur mlm kira2 jam 1 pagi. ayah aku tersedar dari tidur sbb dgr pernafasan mak kuat sgt. bila dikejut, mak dah separuh sedar. ketika itu hanya mereka tinggal berdua di rumah. aku dapat call tertera nombor telefon rumah tgh2 mlm terus aku cuak. terus minta bantuan jiran untuk call ambulans. masa aku sampai di rumah, aku panggil mak, mak genggam kuat tgn aku tapi matanya tertutup rapat. selepas dapat bantuan oksigen di hospital, keadaan mak agak stabil dan ditolak masuk ke wad biasa. lega hati aku.. tetapi kelegaan hati aku hanya sekejap sahaja bila mak aku mula sesak nafas dan mulutnye berbuih. mak mula menggunakan bantuan pernafasan dengan tiub dimasukkan ke mulut dan diberi ubat tidur. masa tu mak dah tak sedar dan ditolak masuk ke CCU kerana ada implikasi pada jantung. setiap hari aku datang melawat mak, aku panggil mak tetapi tiada sebarang tindak balas sehinggalah pada hari ke 8 baru mak buka mata. 

doktor suggest untuk tebuk leher mak bagi bantuan pernafasan di situ kerana katenye kalau lama guna tiub ikut mulut takut ada jangkitan kuman. agak berat untuk kami membuat keputusan samaada setuju atau tidak. kalau dgr dari mulut doktor memang byk kebaikannye, tapi bila dgr dari pengalaman kawan2 yang dah mengalami situasi ni, byk lak keburukannya. aku pun dah search dari internet tentang bantuan pernafasan tracheostomy. aku tgk byk gak kelemahan dan masalah dari segi penjagaannya.

akhirnya kami buat keputusan untuk tidak tebuk di leher mak kerana semalam tgk mak dah bg progress yang baik bila aku ckp mak mula angguk dan bila disuruh gerakkan tgn dan kaki mak ikut arahan. mudah2an dijauhkan la bab2 tebuk ni. ngeri aku.... aku pun tak tau apa akan berlaku utk hari2 yang akan mendatang... semoga mak tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT.. mak kena kuatkan semangat, biar cepat sembuh dan pulih seperti biasa, boleh balik umah sebab cucu2 mak dah rindukan mak....

      

2 comments:

  1. akak pun kene kuat n tabah...yg penting skali,kesihatan akak kene jage jugak...

    ReplyDelete
  2. Books for you and yours.... Shopaholic, harry potter, cecelia ahern, john grisham, childrens books, etc... Do visit us....

    http://bangibookseller.blogspot.com/

    ReplyDelete