Custom Glitter Text

Thursday, September 25, 2014

Electric Chocolate Melting Pot **CHOCOLATIERE**

Electric Chocolate Melting Pot jenama 'CHOCOLATIERE'. Periuk yang mencairkan coklat tanpa menggunakan air.
CIRI-CIRI:-
  • Mudah untuk digunakan.
  • Selamat dan tidak merbahaya.
  • Mencairkan coklat dalam masa 2 minit sahaja.


SPESIFIKASI:-

  • Dimension : 19 x 14.5 x 10 cm
  • Pot diameter : 8.5cm
  • Pot depth : 5.8 cm
  • Voltage : 220 - 230V, 50Hz
  • Power : 25W, PTC heating component (energy-saving and safe)

SETIAP SET MENGANDUNGI:-
  • 1 unit Melting pot
  • 1 unit Spatula
  • 1 unit Draining rack
  • 6 unit Acuan standard
  • 1 unit Acuan love besar
  • 10 unit pencucuk kayu
  • 10 unit pencucuk buah
  • 1 unit Spiral fork
  • 1 unit Flat fork
  • Manual pengguna beserta 12 resipi khas





Harga runcit:

RM55.00 (Semenanjung – Termasuk Pos)

RM65.00 (Sabah/Sarawak – Termasuk Pos)


Berminat? Boleh transfer bayaran ke akaun berikut:

 MAYBANK:
1621 7955 0357
(AZUANA BINTI AHMAD)


Kemudian SMS/WHATAPPS, nama dan alamat lengkap ke 012-285 7310 

Tuesday, September 23, 2014

Colorful Shake & Take with Two Bottles

Saya suka saya suka...  

  • Produk ini menjimatkan masa dan mudah dibersihkan kerana anda boleh kisar aneka buah untuk dijadikan jus kesukaan dan terus minum dari botol yang sama. 
  • Mempunyai suis on / off. 
  • Pengisar yang super kuat boleh menghancurkan buah dan ais serta merta. 
  • Bersaiz 7cm x 10cm x 34cm, mudah di bawa ke mana2.
  • Mempunyai 4 warna yang menarik iaitu purple, biru, hijau dan kuning. 
  • Didatangkan bersama 1 unit Shake & Take mini blander, 2 unit 500ml botol dan manual pengguna. 
Dapatkan segera selagi stok masih ada.... 





Harga runcit:

RM70.00 (Semenanjung – Termasuk Pos)

RM80.00 (Sabah/Sarawak – Termasuk Pos)


Berminat? Boleh transfer bayaran ke akaun berikut:

 MAYBANK:
1621 7955 0357
(AZUANA BINTI AHMAD)


Kemudian SMS/WHATAPPS, nama dan alamat lengkap ke 012-285 7310 

Friday, September 12, 2014

Lampu Turtle

"Twilight Sea Turtle Night Light Star"


Interactive night light that educates and entertains while soothing your child to sleep. A soothing night light for peaceful sleep.

Features:
  • Full night sky projection on any ceiling
  • 8 actual star constellations
  • “Twilight Turtle Star Guide” to help find and recognise the constellations
  • 3 soothing colour options: Blue Green and Amber
  • Automatic time-out after 50 minutes
  • 3 x AAA batteries included





Harga runcit:

RM38.00 (Semenanjung – Termasuk Pos)

RM46.00 (Sabah/Sarawak – Termasuk Pos)


Berminat? Boleh transfer bayaran ke akaun berikut:

 MAYBANK:
1621 7955 0357
(AZUANA BINTI AHMAD)


Kemudian SMS/WHATAPPS, nama dan alamat lengkap ke 012-285 7310 




PEDI SPIN - Melicinkan tapak kaki anda :)


Memperkenalkan "Pedi Spin"

Alat ini dengan selamat dan perlahan-lahan membuang kulit kering di tapak kaki bagi menghalus dan melicinkan kulit di tapak kaki anda bila-bila masa dan di mana sahaja ketika anda memerlukannya.



Dengan reka bentuk ergonomik, berkelajuan dual dan menggunakan 4 unit bateri saiz AA. Untuk digunakan pada tumit, tapak kaki dan jari kaki.








Harga runcit:

RM26.00 (Semenanjung – Termasuk Pos)

RM32.00 (Sabah/Sarawak – Termasuk Pos)


Berminat? Boleh transfer bayaran ke akaun berikut:

 MAYBANK:
1621 7955 0357
(AZUANA BINTI AHMAD)


Kemudian SMS/WHATAPPS, nama dan alamat lengkap ke 012-285 7310 




Friday, August 8, 2014

Aidilfitri 2014

Assalam. 


Lama dah tak update blog ni.. ada akak kat ofis ni siap kira berapa bulan aku tak update.. mujur dia kirakan.. tergerak terus hati ni nak update... hihi... TQ kak yam... 

Masa berjalan terlalu pantas. ari ni dah 12 Syawal. ari ni jugak ari ke 5 aku buat puasa ganti. tinggal sehari jer lagi. Alhamdulillah.. tahun ni aku memang dah niat nak buat puasa ganti awal. Malas nak lewat2kan. Biasanya dah nak masuk bulan Ramadhan balik baru nak ganti. masa tu mula la dah liat.. tapi kena buat jugakkan.. WAJIB tu... 

Tahun ni macam biasa, beraya rumah mertua di Ipoh, Perak. Kami gerak ke Ipoh petang Ahad. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Jalan tak jem mungkin sebab ramai yang dah berada di kampung. Gerak pukul 3:30 petang, pukul 6:00 petang dah sampai. Sempat la berbuka puasa terakhir utk thn ni dengan family mertua. 

Raya tahun ni kami sedondon berjubah warna grey. tapi warna tu tak berapa nak sedondon sgt. Susah gak nak cari yang betul2 sedondon. takpe la, janji ada gak grey tu ok la kannn.. Gambar2 raya tahun ni byk gak la. Tapi yang dalam hp aku ada yang ni jer... Sudi2kanlah tgk yer... 


My anak teruna 

Irfan pun nak tumpang bergambar gak 

Eh eh... tido lak cik abg ni.. ngantuk lettuw

My family 

My family lagik 

Ayah ngan mak mertua

Nak cite lagi tapi gambar takde. tak bestkan kalau takde gambar? Nanti kita sambung lagi erk.. k, bai....   

Friday, November 22, 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Kakak

Assalam. 

Cerita 2 minggu lepas, telah berlangsungnye Majlis Penyampaian Hadiah SRA Lembah Jaya, Ampang. Alhamdulillah, anak aku, hadira salah seorang pelajar yang menerima hadiah pada hari tersebut. Kakak dapat tempat pertama di dalam kelas dan InsyaAllah, tahun dpn darjah 3 kakak dapat naik kelas pertama dari kelas ketiga skrg. Semoga prestasi kakak terus cemerlang untuk masa akan dtg.. Ibu dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan untuk kakak dan adik...... 

Moh tgk gambar2 anak dara aku...
v
v
v

surat jemputan 
sblm pegi.. ujan pagi tu... 

beratur nak naik pentas 

senyuman kakak.. 





dapat set stationary
kakak & adik 
ape kena lah ayahnye posing gini
ngan ustazah kelas kakak
pencapaian kakak di sekolah agama. 
kekal di tempat pertama & terdapat peningkatan dari exam pertengahan thn 

Terima kasih kepada ustaz & ustazah juga guru-guru yang telah mendidik kakak sehingga berjaya. Sekolah kebangsaan lak, thn ni takde rezeki untuk kakak terima anugerah mcm thn lepas yang pernah ibu coretkan kat sini. tapi ibu tetap bangga dengan keputusan peperiksaan kakak walaupun dapat tempat ke 27. Duduk di kelas pertama saingan memang hebat. walau apa pun, nombor tak penting, yang penting peratus tu.. Alhamdulillah, thn depan darjah 3 kakak kekal duduk di kelas pertama sejak dari darjah 1. 

pencapaian kakak di sekolah kebangsaan 

Aku pasti setiap ibu bapa pasti gembira dengan kejayaan anaknya tak kira la diperingkat mana pun.... huhu....

Sekian saja coretanku.....

















Thursday, November 21, 2013

Majlis Konvokesyen Tadika Haziq

Assalam.

Lama betul blog aku ni tak berupdate. jenuh aku bersihkan sawang yg dah bertepek. kebizian melanda sejak 2 menjak ni.

Majlis Konvokesyen tadika haziq dah dekat sebulan berlalu. baru ada kesempatan nak story kat sini. jom kita tgk gambar2 anak bujang aku ni sepanjang majlis berlangsung. 

30 Oktober 2013 : Majlis Konvokesyen Tadika KEMAS parlimen Ampang di Hotel De Palma, Ampang. 

Haziq terima sijil. Jubah cantik dah, topi lak takde.. 

masam betul mukanyer..

dengan cikgu & kawan2

dah selesai.. 

ngan kawan2 

ngan cikgu naimah 

Haziq ngan BF, Amir 

Best... 
Byk lagi gambar tapi tak yah lah upload semua kan.. sbb rasenye sama jer posing jer lain2. tahun dpn aku daftarkan haziq masuk sekolah pra. Alhamdulillah, dapat. bkn senang nak mohon sekolah pra ni. sbb selalu jer penuh.

Lepas ni tunggu cite majlis sekolah kakak haziq lak tau. kalau ade org nak tunggu ler... k, babai....  

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri

Assalam... 


Dikesempatan ini aku & family ingin mengucapkan..........

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei 

k, babai.... 


Wednesday, July 3, 2013

~ WW ~ Karipap besar Kuala Selangor



Ni lah rupe karipap tu yer..


Boleh potong 4

Besar sgt sampai merekah

7 inci panjangnye

Thanks kepada Puan Sakdi yang membeli karipap ni. kenyang kami mkn... Alhamdulillah.....

Tuesday, June 18, 2013

Mee Goreng merah


Assalam.. 

balik keje ptg smlm singgah kedai nak beli brg masak utk buke pose. tp takde idea nak masak ape. sudahnye aku capai bahan2 nak masak mee goreng. mudah jer.. aku tak kisah makan ape pun. mujur le mr. Hubby pun memang tak mkn nasik mlm. dah gemok katenye.. anak2 pun memang suke mkn mee goreng air tgn ibunye. cewahh... 

sampai umah, aku terus ke dapur sediakan bhn ape yg patut. Haziq pun nampak aku bwk bungkusan mee kuning, terus dia request "ibu, nak mkn mee goreng merah.." nape mee goreng merah erk? sbb selalu aku masak mee goreng letak kicap, jadik mee goreng hitam. ade sekali tu aku ubah selera tak letak kicap. suka lak si kecik tu. mudah jer nak wat mee goreng merah ni. bahan-bahannye mengikut resepi aku....

sepeket mee kuning 
1/2 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
5 tangkai cili kering
2 batang sayur sawi
3 ketul ayam (dipotong kecil)
fishball (potong dua)
sos tiram
sos cili
garam secukup rasa

bawang besar, bawang putih dan cili kering dikisar dan ditumis hingga agak garing, masukkan ayam, sos tiram dan sos cili. kemudian masukkan fishball dan sedikit air. garamkan secukup rasa, akhir sekali masukkan mee kuning yang telah dibasuh dan sayur sawi. siap dan bolehlah dihidang. mudah je kan..... moh tgk gambor...


mee goreng merah kate haziq..

zoom sket..

ok, selamat mencuba.. babai.... 



  

Monday, June 17, 2013

Buah Tangan dari Langkawi


Assalam..

Ari ni aku last pose ganti. esok dah boleh raya. yey..... coklat raya dah byk aku dapat ni. nak bukak kedai runcit pun boleh.. Actually, kengkawan ofis baru balik dari attend kursus di Langkawi. berkat usaha aku 'pau' dorang coklat, inilah hasilnyer.... keh keh keh.. best2x...


kita lambakkan cekelat2 ni.....


kenyang coklat le aku pas ni.. gemokpun yer...

Ape2 pun, TQ kepada kak intan, kak sakdi, kak farin, kak masz, kak yam, anom & rizal.... lenkali belikan lagik yer.... heheheh.......

babai....

  

Tuesday, June 11, 2013

Mee udang Mak Jah @ Kuala Sepetang

Assalam...

Ari ni baru mula keje setelah bercuti 3 hari. Haziq demam lak balik dari kampung. opahnye ckp demam nak tinggalkan opah.. tak pun demam sbb tak dapat 5 ribu dari atok.. hahaha... bersempena aku ngan mr. Hubby balik ipoh nak amik anak2, pagi sabtu tu tak lepaskan peluang kami pi pekena mee kicap ipoh dulu. tp sayangnye lupe lak aku nak tangkap gambar sbb perut dah lapor sgt. Tengahari tu tanpa dirancang kami bwk my MIL n adik ipar pi pekena mee udang Mak Jah kat Kuala Sepetang. jauh jalan tu..  

Actually, ni kali ke 2 kami pekena mee udang Mak Jah ni. First time kami gi ngan rombongan Xtreme wish 2 thn lepas. Mee Udang Mak Jah ni agak femes gak la dan ada bukak cawangan kat kL rasenye kat area Wangsa Walk. Pada aku, rasanya biasa je tp sbb kan udangnye besar2 dan banyak. tapi aku suka cucur udang sbb kuahnye memang sedap. harga utk semangkuk mee udang biasa RM8. yang spesel RM12 tapi takde beza pun biasa ngan spesel cam sama jer. cucur udang lak sepiring RM4. kat sini ada gak jual nasik campur, nasik ayam ngan menu2 lauk lain. ramai gak la pengunjung yang datang mkn kat sini lagipun kebetulan kami sampai tu waktu lunch. moh kita nengok gambor yer..... 

v
v
v
v
v

papan tanda dah pudor...

cucur udang best

mee udang spesel 

mee udang biasa

sama je yg spesel ngan biasa kan? tapi puas la mkn udangnye. kat sini ade gak jual udang fresh, sekilo RM34. sedap lak aku nengok udang2 ni sbb aku pose ari ni.. isshhh.. kurang pahala... 

ok, babai...