Custom Glitter Text

Friday, December 28, 2012

cuti2@melaka - day 1

Assalam...


Ari ni baru ada sikit masa nak kongsi cite cuti2 kami sekeluarga di melaka. aku sebenarnye malas nak menaip pepanjang. so, aku cite melalui gambar je la erk.. entry aku kali ni agak panjang.. 
sila jgn bosan k.... 

23 Dis. 2012 (Ahad)

Kami gerak dari umah pukul 8 pagi menuju terus ke ayer keroh, melaka.. dan terus ke banda hilir melawat tempat bersejarah.


dua beradik 
peace yo..
naik kete lembu

cak!!

survey brg 

ibu ngan adik naik beca

ayah ngan kakak naik beca
Bayaran naik beca kalau round kat bangunan A Famosa je 20 hinggit. kalau round town 35 hinggit. bagi aku mahal la sbb bkn jauh mane pun. tp ye la, kesian kat dorang penat nak kayuh kan.. kami amik yg 20 hinggit tu. amik 2 beca, total 40 hinggit...  

masa ni haziq dah tarik2 tgn ibu ajak masuk dlm bangunan A Famosa tu 

best..

main kat playground

dpn menara taming sari

bayaran utk main benda alah ni rm5 utk 15 minit

kami sebenarnye tgh tunggu nak naik menara taming sari sbb dorang tgh repair ape ke bendanye ntah. sementara tu layan anak2 naik benda alah tu dulu. tp sbb kan lama sgt tunggu, tak jadi la nak naik menara tu. perut pun dah lapar, kami terus ke restoran asam pedas selera kampung yang agak famous kat melaka ni dan pernah masuk dlm JJCM tv3. sesape yg nak try boleh ke alamat ni, 

Asam Pedas Selera Kampung,
G2, Jalan PM3,
75450 Mahkota Square,
Melaka.
06-283 5516


selesai mkn, kami terus menuju ke destinasi tempat penginapan kami. dengan menggunakan  khidmat mr. papa, kami sampai tepat pada masanya, pukul 2pm waktu check in. dah selesai check ini sementara tunggu bilik dibersihkan kami pi round2 sekitar resort ni. ramai gak org ke sini sbb mungkin tmpt baru. resort ni baru dibuka 3 bulan dan masih blm siap sepenuhnya. bagi aku ok la tmpat ni. ade playground ngan water park. water park dia pun sesuai utk anak2 sbb gelongsornye tak bahaya dan pool tak dalam, paras dada anak dara aku je paling dlm. sambung tgk gambar lagi k... 


penginapan kami di sini

kita main dulu..

eksyen jer lebih 

playground & water park

bilik kami - studio suite
sambung cite sket. malam tu kami gi round2 lagi. kali ni kami ke taman rempah, bawak anak2 naik bot di melaka river cruise. bayarannye dewasa 10 hinggit, kanak2 bawah 12 thn 5 hinggit. perjalanan amik masa 45 minit menyusuri sungai melaka, melalui perkampungan morten, kincir air dan bangunan2 bersejarah di melaka.

bergambar sblm naik bot

atas bot
selesai naik bot kami gi mkn2. pas mkn anak2 pun dah ngantuk. balik hotel, tido le kan.. sambung aktiviti esok lak. aku rasa dah terlalu panjang entry aku ni. kang ade gak yg bosan. nnti sambung day 2 lak erk..  

No comments:

Post a Comment